Sunday, February 27, 2011

Chocolate cookies - edible image



filling bg coklat ni ialah cookies. Samada oreo, cream-o, tiger (bergantung kpd stok yg ada).



anak sy suke sgt dgn upin ipin...jd samples ni dibuat utk tatapan die...;-)

harga:
less than 500pcs = RM2.50
more than 500pcs = RM2.35

minimum qty to order = 100pcs

insyaAllah menerima tempahan utk pelbagai jenis gambar kartun seperti:
upin ipin
ben 10
spongebob
barbie
dora & diego
mickey & minnie mouse
ultraman
barney
dan byk lg la...you name it..

nak send gamba sendiri pon boleh!

HALAL

InsyaAllah, semua coklat & kek yang disediakan oleh littlevilla menggunakan bahan2 yang halal & buatan Malaysia.



*mencari yg halal itu tanggungjawab untuk setiap umat islam.

Monday, February 14, 2011

Coklat 16pcs/set

Ordered by Amie from Westports. Requested for turquoise's ribbon color:

Coklat Bunga sakura pon color turquoise:


and she also requested to have coklat filling as ‘melting coklat’ & almond.
Since littlevilla doesn’t have the ‘melting coklat’ so I can only provide almond to u. Sorry dear..and tq for the order.

Hantaran

lagi order drpd Normah, kali ni utk cikgu di nursery anaknye:


set of 35pcs

TQ for the order..

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

* 2005/69/8
* Akidah

Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

PENGENALAN

* Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

* Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

* Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

* ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

* Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.


Keputusan:


KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

والله أعلم بالصواب


NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:


Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :


* Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

* Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

* Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

* Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

* Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

* Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

* Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

* Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.


Sumber dari: http://www.e-fatwa.gov.my

Friday, February 11, 2011

Maulid Nabi...

Sempena maulid nabi Muhammad S.A.W. pd 15/2/11...
littlevilla akan memberi diskaun sebyk 20% utk order yg diterima pd 11/2/11 hingga 18/2/11.

rasanye tak penah kan diskaun sebyk tu...jd cepat2 rebut peluang yg ade. ;-)

Tuesday, February 8, 2011

Kain dr hammieheartshoppe

Sile la lawat blog kwn saye...ade byk kain yg cantik2 antaranya seperti dibwh:


harga sgt murah..bebaloi2..
http://hammieheartshoppe.blogspot.com/

Chocolate for b'day boy

Jiran kat umah jemput ke majlis kesyukuran sempena hari jd anaknye..Tak tau nk bg ape..ini je la yg termampu:

Selamat Pengantin Baru Nad & Rusdi

8/1/2011 kami sekeluarga telah pergi ke Kemaman utk menghadiri perkahwinan Nadia & pasangannye Rusdi. Disebabkan nad ckp die tak penah rasa coklat yg sy buat, so these were for u nad!

Hantaran pertunangan

order drpd my SIL, Qidah utk diberi kpd kwn baiknye sebagai hantaran pertunangan:



*gubahan bunga seperti di atas dikenakan charge tambahan: RM10

Choc Lolipop - Bunga Raya

New Product from littlevilla...


size nye lg besar drpd rose lolipop.

Harga:
Less than 100pcs = RM1.20 each
Less than 200pcs = RM1.10 each
Less than 500pcs = RM1.00 each
More than 500pcs = RM0.90 each

Saje..

Saje buat coklat utk anak buah yg ade di penang...
die dianugerahkan sebagai murid cemerlang..Tahniah Liani..

Birthday gift lagi...

Order received from Westports's employee:



TQ & diharap berpuas hati...

*chocolate's shape & arrangement was chosen by the customer.

Birthday!

Ordered from regular customer, Normah for her husband:


delivery was done on 19/11/2010 (sorry for the late posting)
TQ..