Monday, August 8, 2011

Brownies kukus berlapis cheese



Brownies kukus berlapis cheese.

700g = RM22
1400g = RM40

Boleh ditempah untuk semua occasion.

Istimewa untuk tempahan raya 2011..

tarikh akhir utk menerima tempahan sblm raya di kwsn:
- penang ialah 19hb8.
- sekitar putrajaya ialah 26hb8

kek boleh diambil sblm 28hb8

Ketupat Hiasan




Sesuai dgn kita berada di bulan ramadhan...
LittleVilla telah sediakan ketupat hiasan dengan pelbagai saiz, material & warna.

Anda boleh hiaskan rumah, pejabat atau kereta (gantungkan di cermin pandang blkg).

Dengan harga yang berpatutan & warna yang menarik..ia telah mendapat sambutan ramai! Alhamdulillah..

Cepat2! Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

*untuk mereka yg pandai membuat ketupat sendiri...kami juga menyediakan riben dalam pelbagai jenis, warna & saiz.

Hamper raya


Hamper raya special dr LittleVilla...

Kami masih menerima tempahan sehingga 26/8/2011.

Apa yg terkandung di dalamnya?

- gubahan bunga di dalam bakul yg exclusive
- ketupat hiasan yg diperbuat drpd riben satin
- Bunga gantung (untuk hiasan) special made by littlevilla
- coklat buatan tangan - 24pcs coklat praline/kotak
- biskut nestum coklat
- biskut coklat chip
- kad raya
- sampul duit raya

Semua di atas kami tawarkan dengan harga RM100.

Hamper ni juga menjadi tarikan terhangat di Little Villa skrg...

Pastikan anda juga tidak ketinggalan untuk mendapatkannya...

Wednesday, July 20, 2011

Gubahan Hantaran - Balqis


Menggunakan 100% bunga hidup

Jenis2 Bunga:
- Roses
- Carnation
- Daisy
- Kekwa

Exklusif dgn kuantiti bunga antara 10 - 12 kuntum.
Gubahan beserta bunga2 kecil (spt baby breath) & daun.

Harga:
5 Set = RM250
7 Set = RM332
9 Set = RM430

BONUS!!
- Termasuk gubahan sirih junjung
- PERCUMA sewa dulang hantaran

Tuesday, July 19, 2011

Bunga tangan


Menggunakan fresh flowers. (Roses/daisy/carnation/kekwa)

Hanya RM70!

chocolate box

Produk coklat terbaru drpd littlevilla...
Semuanya coklat & semuanya boleh di makan.


Beserta coklat praline 25pcs.

Hanya RM65/set

Monday, July 18, 2011

Hampir di tipu........

Rasa sgt tak best...Syukur Allah Maha Melindungi. Sy hampir di tipu oleh individu yg tak dikenali... ceritanya begini...

Suatu ptg, sy tepaksa jg kedai seorg(bertemankan anak). Tiba2 datang seorang lelaki berhelmet, bertanyakan abah sy. Masa tu abah ada di rumah.
Dia kata, abah sy ada pesan 'minyak atar' 12 botol drpd dia. Bila dia sebut saja 'minyak' sy terus terbangun & dalam hati terus membaca ayat qursi. Tetiba rasa takut!
Abah mmg takde pesan apa2 sblm dia blk ke rumah.
Lelaki tu terus minta RM70 drpd sy dan minta sy bayar cepat sbb dia nak cepat. Dgn rasa sangsi, sy terus ingin call abah utk kepastian. Lelaki tu tak bagi sy call!

Dia kata, betul abah ada pesan, takkan tak percaya kat dia...
Sy kata, sy tiada duit sebyak itu utk bayar dan dia terus berkata yg abah sudah bgtau kat dia yg sy bole amik duit dr mesin cashier..

Tanpa mengendahkan arahan lelaki tu sy tetap call abah, dan mmg betul tekaan sy yg abah mmg tak pesan minyak tu! lelaki tu trus kata dia nak bercakap ngan abah sy....

Dia ingat sy bodoh dan boleh dipermainkan! siapa nak bg hp, nanti dibawa lari pulak!
Sy sengaja ckp yg abah dalam perjalanan ke sini & lelaki tu trus ambil minyak dia dan trus pergi. Katanya dia nak cepat, kalau tak percaya sudah...

Rasa lega yg teramat sgt bila dia pergi...

Moga kami & perniagaan kami dilindungi Allah sentiasa. Sy yakin dgn Kekuasaan-Nya.

Sunday, June 26, 2011

Map kedai Little Villa

Apa yang kami sediakan??

Pakar dalam menjual peralatan perkahwinan & hiasan rumah:
- Bunga Telur
- Hiasan & Gubahan Hantaran
- Doorgift
- Bunga Artificial & Hidup
- Riben
- Manik & Labuci
- Bakul
- Pasu
- Potpuri
- Alas Kotak Tisu
- Renda
- Lilin Wangi
- Span Bunga Kering & Basah
- dan banyak lagi……

Menyediakan kelas asas:
- Membuat bunga telur (RM50 seorang)
- Membuat bunga telur stokin (RM70 seorang)
- Coklat buatan tangan (RM150 seorang)

Menerima tempahan:
- Gubahan bunga artificial & hidup
- Gubahan hantaran
- Gubahan sirih junjung
- Bunga telur
- Gubahan bunga tangan
- Coklat buatan tangan
- Gubahan pintu gerbang

LITTLE VILLA KINI DI BUKA

Sempena pembukaan kedai kami yang baru, kami ingin mengajar cara-cara membuat bunga telur yang bernilai RM50 secara PERCUMA kepada 5 orang yang terpilih.

Kepada yang berminat:
*LIKE kami di FACEBOOK
*Promosikan kedai kami samada di laman web, blog, facebook, twitter anda
*Beritahu kami di mana anda mempromosikan kami melalui emel

Tarikh tutup penyertaan: 17 July 2011

Promosi yang paling kreatif akan di pilih sebagai pemenang.

Monday, May 30, 2011

Tissue Cover

Semasa hari terakhir di Guangzhou, kami sempat jugak grab tissue cover ni.
Sgt cantik sulamannye...kain die pon tebal. Sama macam yg dijual di kedai 'L.Lace'.

Harga setiap satu hanya RM20!

TC0001:


TC0002:


TC0003:


TC0004:


TC0005:



Jika anda:
anda akan dapat special promotion! cepat cepat...stok adalah terhad!

Friday, May 20, 2011

Little Villa Shop

Setelah setahun menjalankan bisnes online, sudah tiba masanya untuk Little Villa memulakan perniagaan di kedai.
Alhamdulillah berkat usaha & bantuan drpd keluarga & kawan2, akhirnya kami dapat membuka sebuah kedai seperti yg diimpikan.
Kedai kami terletak di Sunway Prima, Sungai Tiram, Penang.

gamba kedai dari luar - sumber dr internet:

Buat masa ini kami masih lg menjalankan kerja2 ubahsuai kedai dan masih menunggu ketibaan stok.
Bercakap mengenai stok, stok kami adalah diborong langsung dr Guangzhou, China.
Kami sekeluarga berpeluang mengikuti Trip Borong China yg dianjurkan oleh Great Minds Training and Consultancy.
Trip yg sangat berguna & kami berkesempatan memborong banyak barang! Alhamdulillah...
Gamba peserta trip 5-9Mei 2011 - sumber dr fb Great Minds:

Mesti ramai yang tertanya2 apa yg akan kami sediakan dikedai??

Kepakaran kami adalah dlm menjalankan jualan Alatan Perkahwinan seperti bunga telur, hiasan hantaran, doofgift, manik & labuci dan pelbagai lagi.
Selain itu, kami juga pakar dalam mengajar cara2 membuat bunga telur, bunga2 hiasan untuk hantaran & sebagainya.
Untuk yg berminat membuat sendiri coklat praline sebagai doorgift perkahwinan atau hadiah harijadi, kami juga pakar dalam mengajar cara2 membuat coklat.

Ini adalah bisnes keluarga dan kami sangat harapkan sokongan drpd anda semua.
Jangan risau, perniagaan melalui internet akan diteruskan seperti biasa.

Sempena pembukaan kedai, kami akan memberi banyak 'freegift', diskaun & voucher yg hebat2.
Jadi, nantikanlah pembukaan kedai kami!!!
InsyaAllah...

Thursday, May 19, 2011

Sunway Prima, Bayan Lepas

Apa ada di Sunway Prima, Sungai Tiram, Bayan Lepas, Penang????

jeng jeng jeng......nantikan berita terhangat dr LittleVilla!

happy birthday danish & danial!

I gunakan mold baru berbentuk strawberry & apple..comel kan...





birthday disambut di bukit jalil golf club...we were very happy & hv enjoyed the party!
thanks to my cousin, Kak Mas for ordered the chocs & invited us to the party...

Friday, March 18, 2011

Littlevilla bercuti

Sy akan bercuti pulang ke kampung bermula esok...mungkin pertengahan bln 4 baru aktif kembali mengambil tempahan & mengajar membuat coklat.



ade dua perkara penting yg hendak diselesaikan di kg.
kawan2 tlg doakan sumenye berjln lancar & kami mendapat berita yg gembira ye.
mudah2an Allah sentiasa menolong..amin.

Coklat lolipop with deco

cantik tak?


pack with clear plastic:

Price:
less than 100pcs = RM1.80/each
less than 200pcs = RM1.75/each
less than 500pcs = RM1.70/each
more than 500pcs = RM1.60/each

dan sy akan ajar teknik menghias coklat seperti di atas semasa 'kelas asas membuat coklat'!

Coklat cookies - flower

Coklat cookies berbentuk bunga:

Price:
less than 100pcs = RM2/each
less than 200pcs = RM1.9/each
less than 500pcs = RM1.8/each
more than 500pcs = RM1.6/each

Coklat cookies - love

chocolate with cookies's filling. berbentuk love!


Price:
less than 100pcs = RM2/each
less than 200pcs = RM1.9/each
less than 500pcs = RM1.8/each
more than 500pcs = RM1.6/each

Thursday, March 17, 2011

Aktiviti di hujung minggu...-

bln lepas sy telah menghadiri satu kursus yg sgt best!!
kursus tu bertajuk: Kursus Usahawan Borong China: Guangzhou 101

dah lame tak masuk kelas, walaupon keletihan tp bebaloi sbb ape yg diajar semasa kursus sgt berguna & menjdkan sy terlebih exited! hehe..

ni antara gamba yg diambil semasa kursus:





(pictures from www.bisnesborongchina.com)

salah seorg tenaga pengajar kursus ni ialah ex-utp (same batch with my hubby).
kagum sbb drg nak share info&pengalaman drg. moga usaha drg slalu mendapat bantuan Allah.

kepada sesiapa yg berminat utk menjadi usahawan yg memborong barang dr china, bole lawat websites drg:
www.bisnesborongchina.com
http://usahawanborongchina.blogspot.com

last but not least, doakan sy dpt sertai drg utk 'Trip Usahawan Borong China: Guangzhou 102'..insyaAllah..

Friday, March 4, 2011

Coklat lolipop - edible image

percubaan kedua menggunakan edible image...kali ni utk coklat lolipop...



harga:
less than 500pcs = RM2.00/each
more than 500pcs = RM1.85/each

minimum qty to order = 100pcs

insyaAllah menerima tempahan utk pelbagai jenis gambar kartun seperti:
upin ipin
ben 10
spongebob
barbie
dora & diego
mickey & minnie mouse
ultraman
barney
dan byk lg la...you name it..

nak send gamba sendiri pon boleh!

Coklat untuk aqiqah

55 sets coklat 2pcs/set utk aqiqah anak buah..


Sunday, February 27, 2011

Chocolate cookies - edible image



filling bg coklat ni ialah cookies. Samada oreo, cream-o, tiger (bergantung kpd stok yg ada).



anak sy suke sgt dgn upin ipin...jd samples ni dibuat utk tatapan die...;-)

harga:
less than 500pcs = RM2.50
more than 500pcs = RM2.35

minimum qty to order = 100pcs

insyaAllah menerima tempahan utk pelbagai jenis gambar kartun seperti:
upin ipin
ben 10
spongebob
barbie
dora & diego
mickey & minnie mouse
ultraman
barney
dan byk lg la...you name it..

nak send gamba sendiri pon boleh!

HALAL

InsyaAllah, semua coklat & kek yang disediakan oleh littlevilla menggunakan bahan2 yang halal & buatan Malaysia.



*mencari yg halal itu tanggungjawab untuk setiap umat islam.

Monday, February 14, 2011

Coklat 16pcs/set

Ordered by Amie from Westports. Requested for turquoise's ribbon color:

Coklat Bunga sakura pon color turquoise:


and she also requested to have coklat filling as ‘melting coklat’ & almond.
Since littlevilla doesn’t have the ‘melting coklat’ so I can only provide almond to u. Sorry dear..and tq for the order.

Hantaran

lagi order drpd Normah, kali ni utk cikgu di nursery anaknye:


set of 35pcs

TQ for the order..

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

* 2005/69/8
* Akidah

Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

PENGENALAN

* Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

* Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

* Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

* ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

* Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.


Keputusan:


KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

والله أعلم بالصواب


NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:


Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :


* Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

* Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

* Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

* Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

* Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

* Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

* Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

* Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.


Sumber dari: http://www.e-fatwa.gov.my

Friday, February 11, 2011

Maulid Nabi...

Sempena maulid nabi Muhammad S.A.W. pd 15/2/11...
littlevilla akan memberi diskaun sebyk 20% utk order yg diterima pd 11/2/11 hingga 18/2/11.

rasanye tak penah kan diskaun sebyk tu...jd cepat2 rebut peluang yg ade. ;-)

Tuesday, February 8, 2011

Kain dr hammieheartshoppe

Sile la lawat blog kwn saye...ade byk kain yg cantik2 antaranya seperti dibwh:


harga sgt murah..bebaloi2..
http://hammieheartshoppe.blogspot.com/